KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju menyumbang RM50,000 untuk membantu mangsa banjir di Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebentar tadi berkata, sumbangan akan disalurkan melalui Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM).
"Turut sama ialah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa yang akan melaksanakan misi Sukarelawan Siswa bagi membantu mangsa banjir di empat negeri berkenaan," katanya.

No comments:
Post a Comment